SUDUT LINUS
Sudut LINUS merupakan satu elemen yang dapat membantu warga sekolah dan komuniti memahami pelaksanaan program LINUS di sekolah. Ia merupakan salah satu cara untuk membudayakan LINUS di kalangan guru dan murid. Beberapa taklimat telah disampaikan oleh pihak FasiLINUS kepada guru LINUS, guru pemulihan khas, PK1 dan Guru Besar . Sehubungan dengan itu, semua Sk, dan SJKC di Daerah Dungun diwajibkan untuk mengadakan satu sudut LINUS di sekolah masing-masing. Pemantauan nanti akan menjurus kepada penyediaan fail dan penyediaan tempat serta perancangan sudut LINUS di sekolah.
Kriteria-kriteria yang perlu dirancang untuk sudut LINUS ialah :
- Tempat yang strategik
- Bahan-bahan yang bersesuaian
- Rekod pengunjung / buku pelawat disediakan
- Data-data terkini dipaparkan
- Analisis setiap daringan dipaparkan
- Ceria, bersih dan menarik
- Sumber informasi LINUS untuk kemudahan pemantauan dan rujukan
Sudut LINUS ini juga akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bahan-bahan yang dipamerkan adalah yang terkini. Pemantau juga akan mengambil foto setiap sudut LINUS yang dikunjungi untuk tujuan rujukan dan penambahbaikan.
Justeru, dipohon semua Guru Besar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melaksanakan sudut LINUS ini di sekolah masing-masing.
Sebarang masalah yang timbul bolehlah dibincangkan dengan FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan/puan.