Pages

Sunday, November 4, 2018

Bengkel Verifikasi Data Saringan LINUS 2/2018 Peringkat Negeri Terengganu

Bertempat di Hotel Mega View Kuantan pada tarikh 3-5 November 2018, berlangsung satu bengkel iaitu Bengkel Verifikasi Data Saringan 2/2018. Bengkel ini telah melibatkan kesemua Pegawai FasiLINUS dari seluruh negeri Terengganu. Objektif bengkel ini adalah untuk menyatu dan mengesahkan data keputusan saringan yang baru berlalu. Adalah diharapkan agar keputusan saringan program LINUS Negeri Terengganu akan terus cemerlang dan dapat dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain






Tuesday, September 18, 2018

Kursus Pedagogi Pemulihan Kepada Guru Bahasa Inggeris Bukan Opsyen

Bertempat di PKG Seri Dungun pada 18 dan 19 September, telah berlangsung satu kursus pedagogi. Kursus yang ditujukan khas kepada guru-guru bukan opsyen Bahasa Inggeris ini telah melibatkan seramai 21 orang guru dan dijalankan oleh FasiLINUS Bahasa Inggeris. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai program LINUS kepada guru-guru bukan opsyen yang tidak pernah menerima maklumat terus mengenai Literasi Bahasa Inggeris melalui kursus,taklimat dan sebagainya. Antara pengisian program ini ialah, pendedahan kepada pengurusan LINUS di sekolah, pedagogi pemulihan LBI dan sistem phonics dalam LBI. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah hadir.


Program Cakna LINUS

Pada 3-5 September 2018, Program Cakna LINUS telah dilaksanakan oleh guru-guru pakar dengan kerjasama FasiLINUS PPD Dungun. Program selama tiga hari ini telah dijalankan di tiga pusat iaitu SK LKTP Jeranganu, SK Tebing Tembah dan SK Kuala Dungun. Dengan berkonsepkan 'mobile teacher', pasukan-pasukan LBM, LBI dan NUM yang terdiri daripada gabungan guru-guru pakar subjek dan FasiLINUS telah bergerak setiap hari ke pusat khidmat secara 'rotation'. Di setiap pusat khidmat, pasukan ini akan membantu lebih kurang 30 orang murid khas didatangkan dari sekolah-sekolah berhampiran dengan pusat. Murid-murid ini telah dipilih bagi menyertai program berdasarkan keputusan saringan terdahulu. Antara pengisian program ini ialah, bimbingan khusus kepada murid-murid lemah dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru pakar yang telah turut serta dalam memberikan khidmat bantu ini





Wednesday, August 29, 2018

Bengkel Pembinaan Bahan Program Cakna LINUS

Bertempat di PKG Seri Dungun pada tanggal 29 Ogos hingga 2 September, telah diadakan satu bengkel penyediaan bahan bagi kegunaan Program Cakna LINUS. Bengkel yang bermula jam 8.30 pagi ini telah melibatkan seramai 13 orang guru-guru yang telah dipilih sebagai fasilitator. Bengkel ini bertujuan menghasilkan bahan-bahan bantu mengajar yang khas bagi murid-murid yang menghadapi masalah dalam menguasai konstruk-konstruk LBM, NUM dan LBI. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memberikan bantuan dalam menjayakan program ini




Wednesday, August 15, 2018

Kursus Pemantapan PdP LINUS 2.0 Bagi Guru Pra Sekolah Daerah Dungun 2018


Bertempat di Pejabat Agama Daerah Dungun pada tarikh 14-15 Ogos 2018, telah berlangsung satu program berkaitan LINUS 2.0. Program yang di namakan Kursus Pemantapan PdP LINUS 2.0 ini berfokuskan khusus pada guru-guru pra sekolah. Seramai 67 orang guru telah terlibat di dalam program ini yang merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu Literasi Bahasa Melayu, Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris. Antara pengisian di dalam kursus ini adalah sesi perkongsian teknik-teknik PdP yang sesuai bagi murid-murid pra sekolah dan simulasi aplikasi kemahiran yang telah dipelajari. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru pra sekolah yang telah hadir dan diharapkan segala perkongsian ilmu tersebut akan dapat membantu tuan/puan dalam proses PdP di kelas.

Wednesday, July 25, 2018

Dialog Perlaksanaan Intervensi (DPI) Saringan 1/2018

Pada tanggal 23-25 Julai 2018, program yang dinamakan Dialog Perlaksanaan Intervensi telah dilaksanakan yang melibatkan 25 buah sekolah. Program ini dilaksanakan secara berkumpulan mengikut zon PKG. Objektif program ini adalah untuk mengadakan perbincangan ilmiah dan sesi perkongsian di antara sekolah-sekolah dan pegawai FasiLINUS mengenai analisa keputusan Saringan 1/2018. Setiap sekolah telah diwakili oleh seorang pentadbir dan guru Penyelaras LINUS. Terima kasih diucapkan kepada kesemua guru-guru yang hadir di atas kecaknaan anda pada program LINUS




Monday, July 9, 2018

Program Outreach 2018 (Zon 1 Negeri Terengganu)

Pada tanggal 10 dan 11 Julai 2018, salah satu program rutin yang berkaitan dengan LINUS iaitu Program Outreach telah dilaksanakan. Program yang diberi nama Outreach 2018 ini melibatkan murid-murid daripada PPD Dungun dan PPD Kemaman yang berjumlah 65 orang beserta dengan guru-guru pengiring. Pecahan murid ialah 43 orang daripada PPD Dungun manakala daripada PPD Kemaman adalah seramai 22 orang. Tuan rumah bagi program kali ini ialah SK Gong Pasir. Program yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ini telah dijayakan dengan kehadiran pasukan 'Multi Disciplinary Team' yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan pelbagai cabang seperti ENT, pemulihan cara kerja dan sebagainya. Mereka ini didatangkan khas daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat yang telah sudi hadir menyumbangkan bakti dan tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga jasa baik tuan puan akan diredhai Allah SWT






Saturday, April 28, 2018

Taklimat Pengisian dan Pemurniaan Data Saringan 1/2018

Bertempat di Bilik Bidara PPD Dungun pada tarikh 29 & 30 April 2018 telah berlangsung program Taklimat Pengisian dan Pemurnian Data Saringan 1/2018. Program ini telah dihadiri oleh semua Penyelaras LINUS sekolah-sekolah daerah Dungun.  Objektif program ini adalah untuk menentusahkan data keputusan saringan yang telah dikunci



 
masuk oleh pihak sekolah. Selain itu, taklimat ini turut menjadi platform bagi menangani isu-isu seperti murid tidak hadir, penguasaan lemah K1-K2 dan pengisian lompang (tidak mengikut pemeringkatan konstruk). Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang telah hadir diatas kecaknaan dan dan kerjasama tuan dan puan


Tuesday, February 13, 2018

Majlis Pembugaran Program LINUS 2.0 Kepada Guru Besar

Pada tanggal 13 Februari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Bidara PPD Dungun, telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Pembugaran Program LINUS 2.0 Kepada Guru-guru Besar Daerah Dungun. Sesuai dengan tajuknya, objektif program ini adalah untuk memberi penerangan mengenai maklumat-maklumat terbaru berkaitan program LINUS. Majlis ini telah diserikan lagi dengan ucapan dan amanat daripada Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Haji Abdul Muie bin Ngah. Di dalam ucapannya, beliau telah menegaskan akan kepentingan program LINUS ini di sekolah dalam membentuk asas pendidikan kanak-kanak terutamanya kemahiran membaca dan mengira. Majlis diteruskan selepas itu dengan taklimat daripada En.Mohd Hilmi bin Mohd Zin selaku Ketua FasiLINUS PPD Dungun. Taklimat yang diberikan adalah mengenai pencapaian LINUS daerah Dungun pada tahun 2017, perkembangan terkini program dan gerak kerja LINUS bagi tahun 2018. Turut memeriahkan majlis adalah penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah menunjukkan peningkatan pencapaian LINUS pada 2017 yang disampaikan oleh Tuan PPD.