Pages

Wednesday, August 23, 2017

Kem Mempertingkatkan Disiplin Murid LINUS

Satu program berbentuk kem telah dilaksanakan pada 20-22 Ogos 2017 di SK Kompleks Rantau Abang. Kem yang disediakan khas bagi murid-murid LINUS ini dijalankan selama tiga hari bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang setiap hari. Matlamat utama kem ini adalah untuk membentuk disiplin serta sahsiah murid-murid LINUS di samping pengisian akademik yang meliputi LBM, LBI dan NUM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, aktiviti penyelesaian masalah secara berkumpulan, permainan didik hibur dan lain-lain. Jutaan terima kasih tidak dilupakan bagi guru-guru Fasilitator yang telah menyumbangkan jasa baik mereka dalam menjayakan program ini. Harapan utama kita adalah dengan perlaksanaan program-program nilai tambah seperti ini, pencapaian LINUS daerah Dungun akan terus meningkat dan seterusnya memberi peluang kepada anak-anak LINUS kita untuk berjaya.









Wednesday, August 16, 2017

Lawatan Penanda Aras oleh PPD Marang ke SK Paka

SK Paka telah dikunjungi pada 15 & 16 Ogos 2017 oleh guru-guru daripada PPD Marang bagi tujuan penanda arasan LINUS. Lawatan yang telah dipecahkan kepada dua kumpulan ini diketuai oleh para Pegawai FasiLINUS PPD Marang dan disambut mesra oleh pihak pengurusan SK Paka bersama Pegawai FasiLINUS PPD Dungun. Lawatan pertama adalah pada 15 Ogos yang disertai oleh guru-guru penyelaras LINUS daripada sekolah-sekolah di bawah PPD Marang. Mereka telah didedahkan kepada beberapa informasi terbaru serta perkongsian amalan terbaik yang diamalkan oleh SK Paka berkenaan pengurusan program LINUS. Lawatan kedua keesokan harinya disertai pula oleh guru-guru Bahasa Inggeris dari daerah Marang yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik pengajaran Literasi Bahasa Inggeris yang digunapakai di SK Paka. Terima kasih di atas kunjungan pihak PPD Marang dan diharapkan sebarang informasi yang diterima dapat digunapakai di tempat tuan puan

 Ketibaan guru-guru dari daerah Marang

 Kumpulan LINUS T-CARE bersedia untuk persembahan

 Ucapan Aluan oleh Puan Salina Bt. Abdul Rahman (Guru Besar SK Paka)

Taklimat Ringkas daripada En. Wan Mohd Ridzuan Bin Wan Ismail (Pegawai FasiLINUS PPD Dungun)


 Ucapan daripada Puan Bidayatul Huda (Pegawai FasiLINUS PPD Marang)

 Sesi Bertukar Cenderamata

 Persembahan bertenaga daripada Kumpulan LINUS T-CARE

Penyampaian Sijil Penghargaan daripada PPD Marang

Monday, August 7, 2017

Bengkel Penyediaan Bahan-Bahan Kem LINUS

Bertempat di SK Kompleks Rantau Abang pada tarikh 6-7 Ogos 2017, satu bengkel penyediaan bahan telah diadakan. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 20 orang guru-guru serta FasiLINUS diadakan bagi mempersiap bahan-bahan yang akan digunakan untuk Kem LINUS yang bakal berlangsung pada 20-22 Ogos 2017 di tempat yang sama. Kerjasama yang diberi oleh guru-guru LINUS daerah Dungun adalah sangat memberangsangkan. Sekalung terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah hadir :-)