Pages

Friday, April 18, 2014

Dialog Prestasi Linus 2014

Pada 6 hingga 9 April 2014 telah dijayakan satu Dialog Prestasi Linus bagi Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.Tujuan dialog prestasi diadakan bagi mengenalpasti kesiapsiagaan sekolah dalam memastikan  program linus sekolah masing-masing berjalan seperti yang dirancang.Alahamdulilah setiap sekolah telah membentangkan KPI,permasalahan serta kekuatan masing-masing. Tahniah kepada semua Guru Besar serta penyelaras yang bersusah payah menyediakan slide pembentangan.Terima kasih daun keladi......tahun depan bentang lagi....



Tuesday, March 18, 2014

MESYUARAT POST MORTEN PROGRAM JDMDDH 2014

Mesyuarat berlangsung pada 18 Mac 2014 bertempat di PKG Seri Dungun.Terima kasih kepada semua guru pemulihan linus daerah Dungun.Harapan kami agar program yang dijalankan akan mendapatkan hasil yang diharapkan.Insyallah harapan untuk mendapatkan 100 % pencapaian pelajar tahun 3 2014 tercapai.


Wednesday, February 12, 2014

PEMBUGARAN PENYELARAS LINUS 2014

         Tahniah dan terima kasih kepada semua penyelaras linus yang hadir dalam Program Pembugaran Linus 2.0 yang diadakan pada 12 Feb 2014 bertempat di Balai Satria PPD Dungun.Diharap objektif Program Pembugaran dapat di capai.
          Antara pengisian program ialah auditan saringan 2013,maklumat terkini serta Program Audit Linus 2014.Diharap apa yang dirancang dapat dilaksanakan pada tahun ini.Terima kasih daun keladi.



Monday, February 10, 2014

MESYUARAT PROGRAM JDMDDH14

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru pemulihan linus kerana hadir dalam mesyuarat penetapan kerja Program JDMDDH2014.
Semoga segala perancangan yang dirancang akan menjadi kenyataan, Insyallah
Tarikh : 10 Feb 2014
Masa  : 2.30 petang
Tempat : Kafe PPD

Monday, February 3, 2014

MAJLIS PEMBUGARAN LINUS KEPADA PK PENTADBIRAN 2014



Majlis Pembugaran Program Linus 2014 kepada Penolong Kanan Pentadbiran telah diadakan pada tanggal 29 Jan 2014. Bertempat di Balai Satria PPD Dungun.Ucap utama telah disempurnakan oleh Tuan Ketua Unit Akademik iaitu En Che Mohd Yusri B Che Hashim dan taklimat pembugaran telah disempurnakan oleh En Mohd Azman b Ali.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penolong Kanan Pentadbiran atas kerjasama dan komitmen tuan-puan bagi menyemarakan program linus bagi tahun 2014.

Wednesday, January 22, 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN PROGRAM LINUS 2.0

Tarikh : 22 Jan 2014
Masa : 2.30 petang
Tempat : Balai Satria PPD Cawangan

Alhamdulilah majlis telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Hj Bakar bin Jusoh.Majlis dianjurkan bagi  meraikan kejayaan sekolah-sekolah daerah Dungun yang berjaya mencapai 100 % pelajar pedana di sekolah masing-masing.Tahniah dari kami warga fasilinus ucapkan kepada semua sekolah yang terlibat.Bagi sekolah yang tidak berjaya kami fasilinus akan berusaha membantu untuk mencapai 100 % arus perdana bagi tahun 2014.