Pages

Monday, August 1, 2016

PROGRAM DIRIMU AMAT BERHARGA 2016

                        Program yang dirangka bagi membantu murid tahun 3 menguasai kemahiran  K1 - K12.Program telah dijalankan pada 30 Julai hingga 4 Ogos 2016 bertempat di SK Balai Besar. Terima kasih kepada Guru Pemulihan Linus daerah Dungun terutama Pn Zuliyati, Pn Nora dan Pn Sariza yang banyak membantu menjayakan Progran diatas.
                        Insyaallah segala penat lelah serta perit getir membimbing murid-murid dapat dilihat apabila saringan 2 nanti mereka semua menguasai K1 hingga K12. Tahniah dan terima kasih juga kepada Pn Guru Besar , Guru Penyelaras Linus serta Guru Pemulihan SK Balai Besar. Terima kasih daun keladi.


Sunday, July 31, 2016

PROGRAM OUTREACH 2016

Tarikh 26 dan 27 Julai 2016 merupakan tarikh yang bermakna bagi Unit Linus Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Program Outreach  Negeri Terengganu Peringkat Zon Kemaman dan Zon Dungun.Seramai 39 orang calon dari PPD Dungun dan 8 orang murid dari PPD Kemaman telah menyertai program tersebut.Seramai 29 calon dari daerah Dungun telah memperolihi status MBK dan 2 orang dari daerah Kemaman.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan usaha menjayakan Program Outreach. Terima kasih kepada Pusat Kesihatan Daerah  Dungun, Guru Penyelaras Linus Dungun, Guru Pemulihan Linus, Pegawai KPM, Pegawai JPNT, En Noh, En Azman dan En Wan Ridzuan  serta individu yang terlibat dalam menjayakan Program Outreach Peringkat Daerah Dungun.



Saturday, July 23, 2016

AKTIVITI PELANCARAN LINUS2.0 T-CARE SEKOLAH -SEKOLAH DAERAH DUNGUN

Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menzahirkan pelancaran LINUS2.0 T-CARE peringkat sekolah masing-masing.Tanpa usaha gigih dan komitmen Guru besar serta penyelaras dan guru-guru, program yang dirangka tidak dapat dizahirkan.Terima kasih sekali lagi.















Thursday, July 21, 2016

PELANCARAN DAN GIMIK PROGRAM LINUS2.0 T-CARE PERINGAKAT DAERAH DUNGUN

Pelancaran Program Linus2.0 T-Care telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun En Abdul Mubin b Ismail bertempat di Bilik Saminar Cemerung pada 21 Julai 2016 dengan jayanya, terima kasih tuan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Pegawai Meja Linus JPNT En Zamri b Abd Razak kerana sudi hadir bagi memberi perangsang dan motivasi kepada semua guru besar daerah Dungun serta Penyelaras Linus daerah Dungun. Tanpa komitmen dan kerja kuat semua pihak , Program yang dirangka dan dirancang tidak akan berjaya. Tahniah dan syabas kepada semua pihak.Mohon maaf segala kekurangan.


SAMBUTAN RAYA PPD DUNGUN

Alahamdulilah Program Sambutan Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Hari Raya peringkat Pejabat Pendidikan daerah Dungun telah berlangsung dengan meriahnya pada 19 Julai 2016.Majlis bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 2.30 petang.
Unit Linus juga tidak ketinggalan menyambut perayaan.Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Maaf jika ada kekurangan.



TEG LINE LINUS2.0 PPD DUNGUN


Friday, March 18, 2016

PROGRAM KOLABORATIF PPD DUNGUN BERSAMA PPD NEGERI SABAH

        Tarikh 6 Mac 2016 hingga 12 Mac 2016 merupakan tarikh yang sangat bermakna bagi kami semua FasiLINUS Pejabat Pendidikan Daerah Dungun kerana berjaya melaksanakan perancangan kami selama 2 tahun bagi menjelajah negeri Sabah di samping menimba ilmu dari PPD di negeri Sabah. 
        
         Terima kasih kami kepada semua pihak yang terlibat terutamanya PPD Papar, PPD Lahad Datu dan PPD Samporna. Terima kasih juga kepada Pegawai Meja Linus Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu En Zamri b Abd Razak yang meluangkan masa mengikuti rombongan kami. Tidak lupa juga kepada rakan akrab  Encik Labaco bin Tangiling  yang membantu membawa kami menyelusuri separuh negeri Sabah. Kenangan yang  tidak mungkin kami  lupakan.







PROGRAM KOLABORATIF PPD DUNGUN BERSAMA PPD HULU TERENGGANU

          Tanggal 16 Mac 2016 PPD Dungun telah menerima kehadiran FasiLINUS PPD Hulu Terengganu bertandang dalam Program Kolaboratif antara PPD Negeri Terengganu.

          Terima kasih daripada kami atas kesudian tuan untuk hadir berkongsi maklumat dalam mengurus linus di sekolah.Semoga ikatan ukhwah antara fasiLINUS terjalin erat. Maafkan kami atas segala kekurangan semasa program berlangsung.


Tuesday, March 1, 2016

PERISTIWA 29 FEB 2015

PEMBUGARAN PENYELARAS LINUS DAERAH DUNGUN

PEMUAFAKATAN  RAKAN AKRAB LINUS PPD DUNGUN BERSAMA HOSPITAL DUNGUN



Sunday, February 28, 2016

MAJLIS PENGIKHTIRAFAN SIFAR LINUS DAN PENYAMPAIAN BAND LINUS 2015

Majlis tersebut telah selamat dijalankan pada 24 Feb 2016. Kehadiran Guru Besar seluruh daerah Dungun.
Terima kasih kepada semua fasilinus yang bertungkus lumus menjayakan program diatas. Terima kasih juga kepada pegawai meja linus En Zamri b Abd Razak JPNT Terengganu atas kesudian hadir menyampaikan anugerah kepada sekolah yang berjaya.