Pages

Wednesday, August 23, 2017

Kem Mempertingkatkan Disiplin Murid LINUS

Satu program berbentuk kem telah dilaksanakan pada 20-22 Ogos 2017 di SK Kompleks Rantau Abang. Kem yang disediakan khas bagi murid-murid LINUS ini dijalankan selama tiga hari bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang setiap hari. Matlamat utama kem ini adalah untuk membentuk disiplin serta sahsiah murid-murid LINUS di samping pengisian akademik yang meliputi LBM, LBI dan NUM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, aktiviti penyelesaian masalah secara berkumpulan, permainan didik hibur dan lain-lain. Jutaan terima kasih tidak dilupakan bagi guru-guru Fasilitator yang telah menyumbangkan jasa baik mereka dalam menjayakan program ini. Harapan utama kita adalah dengan perlaksanaan program-program nilai tambah seperti ini, pencapaian LINUS daerah Dungun akan terus meningkat dan seterusnya memberi peluang kepada anak-anak LINUS kita untuk berjaya.









Wednesday, August 16, 2017

Lawatan Penanda Aras oleh PPD Marang ke SK Paka

SK Paka telah dikunjungi pada 15 & 16 Ogos 2017 oleh guru-guru daripada PPD Marang bagi tujuan penanda arasan LINUS. Lawatan yang telah dipecahkan kepada dua kumpulan ini diketuai oleh para Pegawai FasiLINUS PPD Marang dan disambut mesra oleh pihak pengurusan SK Paka bersama Pegawai FasiLINUS PPD Dungun. Lawatan pertama adalah pada 15 Ogos yang disertai oleh guru-guru penyelaras LINUS daripada sekolah-sekolah di bawah PPD Marang. Mereka telah didedahkan kepada beberapa informasi terbaru serta perkongsian amalan terbaik yang diamalkan oleh SK Paka berkenaan pengurusan program LINUS. Lawatan kedua keesokan harinya disertai pula oleh guru-guru Bahasa Inggeris dari daerah Marang yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik pengajaran Literasi Bahasa Inggeris yang digunapakai di SK Paka. Terima kasih di atas kunjungan pihak PPD Marang dan diharapkan sebarang informasi yang diterima dapat digunapakai di tempat tuan puan

 Ketibaan guru-guru dari daerah Marang

 Kumpulan LINUS T-CARE bersedia untuk persembahan

 Ucapan Aluan oleh Puan Salina Bt. Abdul Rahman (Guru Besar SK Paka)

Taklimat Ringkas daripada En. Wan Mohd Ridzuan Bin Wan Ismail (Pegawai FasiLINUS PPD Dungun)


 Ucapan daripada Puan Bidayatul Huda (Pegawai FasiLINUS PPD Marang)

 Sesi Bertukar Cenderamata

 Persembahan bertenaga daripada Kumpulan LINUS T-CARE

Penyampaian Sijil Penghargaan daripada PPD Marang

Monday, August 7, 2017

Bengkel Penyediaan Bahan-Bahan Kem LINUS

Bertempat di SK Kompleks Rantau Abang pada tarikh 6-7 Ogos 2017, satu bengkel penyediaan bahan telah diadakan. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 20 orang guru-guru serta FasiLINUS diadakan bagi mempersiap bahan-bahan yang akan digunakan untuk Kem LINUS yang bakal berlangsung pada 20-22 Ogos 2017 di tempat yang sama. Kerjasama yang diberi oleh guru-guru LINUS daerah Dungun adalah sangat memberangsangkan. Sekalung terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah hadir :-)







Saturday, May 27, 2017

Program Outreach PPD Dungun 2017

Bertempat di SK Paka II pada tanggal 14 dan 15 Mei 2017, program Outreach telah diadakan. Program ini melibatkan seramai 24 murid daripada 16 buah sekolah dan turut melibatkan peserta dari PPD Kemaman. Pengisian program ini ialah pemeriksaan kesihatan bagi menentukan samada murid-murid ini berkeperluan khas atau tidak. Pemeriksaan dijalankan oleh pegawai-pegawai kesihatan yang dipanggil 'Multi Disciplinary Team'











Wednesday, March 22, 2017

Program Masih Ada Yang Sayang (Kem LINUS)

Pada tarikh 14 - 16 Mac 2017 bertempat di Bilik Chemerung PPD Dungun, satu program berbentuk kem telah dijalankan. Program yang diberi nama 'Masih Ada Yang Sayang' ini telah dilaksanakan oleh guru-guru fasilitator yang telah dikenalpasti kepakarannya seramai 14 orang dengan kerjasama Pegawai FasiLINUS PPD Dungun. Kem ini dijalankan selama tiga hari (satu subjek satu hari) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang setiap hari. Murid-murid yang terlibat dengan program ini telah dipilih oleh FasiLINUS berdasarkan keputusan saringan yang lalu. Kriteria utama pemilihan murid adalah mereka yang sudah melepasi K1-K2 tetapi belum mampu menguasai K3-K12. Antara pengisian yang dijalankan adalah aktiviti pembelajaran melalui konsep didik hibur berfokuskan kepada konstruk dan pemeringkatannya. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru yang telah sudi membantu dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan murid-murid yang telah sudi hadir ke program ini. 

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Aktiviti Kumpulan LBM

 Rehat Sebentar ya :-)

 Aktiviti Kumpulan NUM

 Aktiviti Kumpulan NUM

 Aktiviti Kumpulan NUM

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

 Aktiviti Kumpulan LBI

Aktiviti Kumpulan LBI

Sunday, March 12, 2017

Bengkel Penyelarasan dan Penyediaan Bahan Kem LINUS 2017

Pada 12-13 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Chemerung PPD Dungun, satu bengkel telah diadakan yang melibatkan 11 orang guru dan FasiLINUS. Bengkel ini bertindak sebagai pusat penyelarasan dan penyediaan bahan bagi kegunaan Kem LINUS yang dijadual akan diadakan pada 14-16 Mac 2017. Antara aktiviti utama yang diadakan ialah penyediaan bahan bantu mengajar yang disediakan khas bagi membantu murid-murid yang belum dapat menguasai Konstruk 3 hingga Konstruk 12 bagi setiap cabang LINUS iaitu LBM, LBI dan NUM. Sekalung terima kasih diucapkan kepada 11 orang guru terbabit yang telah sudi hadir ke bengkel ini.