Pages

Tuesday, September 18, 2018

Kursus Pedagogi Pemulihan Kepada Guru Bahasa Inggeris Bukan Opsyen

Bertempat di PKG Seri Dungun pada 18 dan 19 September, telah berlangsung satu kursus pedagogi. Kursus yang ditujukan khas kepada guru-guru bukan opsyen Bahasa Inggeris ini telah melibatkan seramai 21 orang guru dan dijalankan oleh FasiLINUS Bahasa Inggeris. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai program LINUS kepada guru-guru bukan opsyen yang tidak pernah menerima maklumat terus mengenai Literasi Bahasa Inggeris melalui kursus,taklimat dan sebagainya. Antara pengisian program ini ialah, pendedahan kepada pengurusan LINUS di sekolah, pedagogi pemulihan LBI dan sistem phonics dalam LBI. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah hadir.


Program Cakna LINUS

Pada 3-5 September 2018, Program Cakna LINUS telah dilaksanakan oleh guru-guru pakar dengan kerjasama FasiLINUS PPD Dungun. Program selama tiga hari ini telah dijalankan di tiga pusat iaitu SK LKTP Jeranganu, SK Tebing Tembah dan SK Kuala Dungun. Dengan berkonsepkan 'mobile teacher', pasukan-pasukan LBM, LBI dan NUM yang terdiri daripada gabungan guru-guru pakar subjek dan FasiLINUS telah bergerak setiap hari ke pusat khidmat secara 'rotation'. Di setiap pusat khidmat, pasukan ini akan membantu lebih kurang 30 orang murid khas didatangkan dari sekolah-sekolah berhampiran dengan pusat. Murid-murid ini telah dipilih bagi menyertai program berdasarkan keputusan saringan terdahulu. Antara pengisian program ini ialah, bimbingan khusus kepada murid-murid lemah dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru pakar yang telah turut serta dalam memberikan khidmat bantu ini