Pages

Friday, March 18, 2016

PROGRAM KOLABORATIF PPD DUNGUN BERSAMA PPD NEGERI SABAH

        Tarikh 6 Mac 2016 hingga 12 Mac 2016 merupakan tarikh yang sangat bermakna bagi kami semua FasiLINUS Pejabat Pendidikan Daerah Dungun kerana berjaya melaksanakan perancangan kami selama 2 tahun bagi menjelajah negeri Sabah di samping menimba ilmu dari PPD di negeri Sabah. 
        
         Terima kasih kami kepada semua pihak yang terlibat terutamanya PPD Papar, PPD Lahad Datu dan PPD Samporna. Terima kasih juga kepada Pegawai Meja Linus Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu En Zamri b Abd Razak yang meluangkan masa mengikuti rombongan kami. Tidak lupa juga kepada rakan akrab  Encik Labaco bin Tangiling  yang membantu membawa kami menyelusuri separuh negeri Sabah. Kenangan yang  tidak mungkin kami  lupakan.







PROGRAM KOLABORATIF PPD DUNGUN BERSAMA PPD HULU TERENGGANU

          Tanggal 16 Mac 2016 PPD Dungun telah menerima kehadiran FasiLINUS PPD Hulu Terengganu bertandang dalam Program Kolaboratif antara PPD Negeri Terengganu.

          Terima kasih daripada kami atas kesudian tuan untuk hadir berkongsi maklumat dalam mengurus linus di sekolah.Semoga ikatan ukhwah antara fasiLINUS terjalin erat. Maafkan kami atas segala kekurangan semasa program berlangsung.


Tuesday, March 1, 2016

PERISTIWA 29 FEB 2015

PEMBUGARAN PENYELARAS LINUS DAERAH DUNGUN

PEMUAFAKATAN  RAKAN AKRAB LINUS PPD DUNGUN BERSAMA HOSPITAL DUNGUN



Sunday, February 28, 2016

MAJLIS PENGIKHTIRAFAN SIFAR LINUS DAN PENYAMPAIAN BAND LINUS 2015

Majlis tersebut telah selamat dijalankan pada 24 Feb 2016. Kehadiran Guru Besar seluruh daerah Dungun.
Terima kasih kepada semua fasilinus yang bertungkus lumus menjayakan program diatas. Terima kasih juga kepada pegawai meja linus En Zamri b Abd Razak JPNT Terengganu atas kesudian hadir menyampaikan anugerah kepada sekolah yang berjaya.



Wednesday, December 16, 2015

      Pihak PADU di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Seminar Linus kali ke-3 di Johor Bahru Johor pada 14 hingga 16 Disember 2015. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menghantar seramai 20 orang peserta terdiri daripada Pegawai JPNT, FasiLINUS serta guru pemulihan. Banyak perbentangan kertas kerja, amalan terbaik pengajaran linus telah dibentangkan.
   
     Diharapkan sekambalinya ke daerah masing-masing para peserta dapat menyemarakan lagi usaha dalam memperkasakan pencapaian daerah masing-masing.

Saturday, March 21, 2015

Dailog Intervensi Linus 2015

Tahniah kepada semua fasilinus PPD Dungun kerana menberikan kerjasama dalam menjayakan Dailog Intervensi Linus 2015 dengan jayanya. Dailog telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Kemaman pada tanggal 18 Mac 2015.Terima kasih juga kepada 5 buah sekolah daerah Dungun iaitu SK Lintang, SK Pulau Serai, SK Kg Nyiur, SK Pasir Raja dan SK Seberang yang memberi kerjasama dalam menjayakan DPI 2015.Terima kasih daun keladi

Wednesday, March 4, 2015

MAJLIS PENGIKTIRAFAN LINUS 2014

Majlis Pengiktirafan Linus 2014 telah berjaya diadakan pada 2 Mac 2015.bertempat di Dewan Seminar Cemerung Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.Terima kasih kepada En Bakar b Jusoh Pegawai Pendidikan Daerah Dungun kerana menyempurnakan penyampaian sijil pencapaian 100 % menguasai .Terima kasih juga kepada guru besar, penyelaras linus fasilinusyang turut menjayakan majlis tersebut.


Sunday, February 8, 2015

KURSUS KELESTARIAN GURU-GURU MATH DAERAH DUNGUN

Unit Linus telah berjaya mengadakan Kursus Kelastarian Guru-Guru Linus pada 1 Feb  2015.bertempat di Bilik Saminar Chemerong. PPD Dungun. Tahniah diucapkan kepada guru yang memberi komitmen sepenuhnya selama 6 jam penuh.Terima kasih yang tak terhingga kepada ayahnda En Aziz b Naim yang sudi hadir ke daerah Dungun menyampaikan sendiri amanat proses kelestarian Math.Terima kasih juga kepada fasi yang terlibat.

Sunday, January 18, 2015

KPI LINUS 2015


KURSUS KELESTARIAN LINUS

Kursus yang dianjurkan oleh LINUS, JPNT dengan kolaborasi dengan PPD Dungun pada 8 dan 9 Oktober 2014. Dimulakan dengan Literasi Bahasa Malaysia pada 8 Oktober 2014 dan Numerasi pada 9 Oktober 2014. Kursus ini diadakan memandangkan guru LINUS kurang mengamalkan kelestarian dalam PdP LINUS dalam kelas.



Friday, April 18, 2014

Dialog Prestasi Linus 2014

Pada 6 hingga 9 April 2014 telah dijayakan satu Dialog Prestasi Linus bagi Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.Tujuan dialog prestasi diadakan bagi mengenalpasti kesiapsiagaan sekolah dalam memastikan  program linus sekolah masing-masing berjalan seperti yang dirancang.Alahamdulilah setiap sekolah telah membentangkan KPI,permasalahan serta kekuatan masing-masing. Tahniah kepada semua Guru Besar serta penyelaras yang bersusah payah menyediakan slide pembentangan.Terima kasih daun keladi......tahun depan bentang lagi....



Tuesday, March 18, 2014

MESYUARAT POST MORTEN PROGRAM JDMDDH 2014

Mesyuarat berlangsung pada 18 Mac 2014 bertempat di PKG Seri Dungun.Terima kasih kepada semua guru pemulihan linus daerah Dungun.Harapan kami agar program yang dijalankan akan mendapatkan hasil yang diharapkan.Insyallah harapan untuk mendapatkan 100 % pencapaian pelajar tahun 3 2014 tercapai.


Wednesday, February 12, 2014

PEMBUGARAN PENYELARAS LINUS 2014

         Tahniah dan terima kasih kepada semua penyelaras linus yang hadir dalam Program Pembugaran Linus 2.0 yang diadakan pada 12 Feb 2014 bertempat di Balai Satria PPD Dungun.Diharap objektif Program Pembugaran dapat di capai.
          Antara pengisian program ialah auditan saringan 2013,maklumat terkini serta Program Audit Linus 2014.Diharap apa yang dirancang dapat dilaksanakan pada tahun ini.Terima kasih daun keladi.



Monday, February 10, 2014

MESYUARAT PROGRAM JDMDDH14

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru pemulihan linus kerana hadir dalam mesyuarat penetapan kerja Program JDMDDH2014.
Semoga segala perancangan yang dirancang akan menjadi kenyataan, Insyallah
Tarikh : 10 Feb 2014
Masa  : 2.30 petang
Tempat : Kafe PPD

Monday, February 3, 2014

MAJLIS PEMBUGARAN LINUS KEPADA PK PENTADBIRAN 2014



Majlis Pembugaran Program Linus 2014 kepada Penolong Kanan Pentadbiran telah diadakan pada tanggal 29 Jan 2014. Bertempat di Balai Satria PPD Dungun.Ucap utama telah disempurnakan oleh Tuan Ketua Unit Akademik iaitu En Che Mohd Yusri B Che Hashim dan taklimat pembugaran telah disempurnakan oleh En Mohd Azman b Ali.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penolong Kanan Pentadbiran atas kerjasama dan komitmen tuan-puan bagi menyemarakan program linus bagi tahun 2014.

Wednesday, January 22, 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN PROGRAM LINUS 2.0

Tarikh : 22 Jan 2014
Masa : 2.30 petang
Tempat : Balai Satria PPD Cawangan

Alhamdulilah majlis telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Hj Bakar bin Jusoh.Majlis dianjurkan bagi  meraikan kejayaan sekolah-sekolah daerah Dungun yang berjaya mencapai 100 % pelajar pedana di sekolah masing-masing.Tahniah dari kami warga fasilinus ucapkan kepada semua sekolah yang terlibat.Bagi sekolah yang tidak berjaya kami fasilinus akan berusaha membantu untuk mencapai 100 % arus perdana bagi tahun 2014.