Pages
Sunday, March 12, 2017
Taklimat Saringan 1 2017 kepada Guru-guru Penyelaras LINUS Daerah Dungun
Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun pada tanggal 2 Mac 2017, satu taklimat telah diadakan kepada para guru Penyelaras LINUS sekolah-sekolah daerah Dungun. Taklimat ini telah diadakan sebelum Saringan 1 2017 bermula dan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para warga pendidik yang terlibat dengan pengoperasian LINUS. Garis panduan terbaru seperti yang tercatat pada manual saringan telah diberikan perhatian oleh FasiLINUS dalam memastikan agar saringan kali ini akan berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP. Terima kasih diucapkan kepada para guru penyelaras yang sudi hadir ke program ini.
Tuesday, February 28, 2017
Majlis Pembugaran Program LINUS 2.0 kepada Guru Besar dan Pelancaran Tagline LINUS 2.0
Tanggal 1 Mac 2017 menyaksikan Majlis Pembugaran Program LINUS kepada Guru Besar Daerah Dungun bersekali dengan Pelancaran Tagline LINUS. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kassim Bin Husin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun di Dewan Seminar Chemerong pada jam 9.00 pagi. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menyampaikan informasi terbaru kepada Guru-guru Besar mengenai LINUS 2.0. Pengisian lain yang turut dijalankan ialah perkongsian aktiviti LINUS daerah pada tahun lepas, perancangan aktiviti LINUS daerah bagi tahun ini, penyampaian sijil serta papan tanda sistem band bagi sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan dalam keputusan saringan.Selain itu, bagi meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti LINUS, tagline "LINUS Hok Kita, Kita Care Sama-sama" dilancarkan oleh Tuan PPD. Adalah diharapkan agar dengan pengenalan tagline ini, semua pihak di sekolah akan dapat lebih menumpukan perhatian kepada program LINUS 2.0. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Kassim dan barisan Guru-guru Besar daerah Dungun di atas kesudian hadir.
Pelancaran Tagline LINUS
En. Mohd Din menyematkan pin-up button untuk Tuan PPD
Penyampaian Sijil Penyertaan Anugerah Kecemerlangan (Pengurusan LINUS)
Penyampaian sijil dan papan tanda peningkatan sistem band LINUS
Penyampaian sijil penguasaan 100% LBM,LBI dan NUM
Tuan PPD, FasiLINUS dan barisan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Dungun
Tuesday, February 14, 2017
Lawatan Penanda Aras PPD Besut ke SK Paka
Pada tanggal 9 Februari 2017, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Sekolah Kebangsaan Paka telah menerima lawatan penanda aras daripada Pejabat Pendidikan Daerah Besut. Rombongan seramai 55 orang ini terdiri daripada 6 orang Pegawai FasiLINUS dan 49 orang guru-guru penyelaras LINUS daerah Besut. Rombongan yang diketuai oleh Puan Hajah Zawiyah Bt Ahmad (Ketua FasiLINUS PPD Besut) tiba sekitar jam 11.30 pagi dan disambut En. Mohd Din Bin Jusoh (Ketua FasiLINUS PPD Dungun) serta Puan Salina Bt. Abdul Rahma (Guru Besar, SK Paka). Tetamu disambut dengan paluan kompang, persembahan silat serta koir oleh murid-murid program LINUS SK Paka. Taklimat pengoperasian LINUS serta program-program yang dijalankan di SK Paka telah disampaikan oleh guru penyelaras LINUS SK Paka dan sesi perkongsian turut dijalankan. Tetamu-tetamu kemudiannya dibawa ke Bilik LINUS SK Paka serta kawasan sekitar sekolah di mana aktiviti-aktiviti pengukuhan LINUS dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada PPD Besut di atas kesudian melawat kami di sini dan sekalung penghargaan serta ucapan syabas buat SK Paka di atas komitmen tinggi yang telah ditunjukkan dalam menjayakan program ini.
Lawatan Penanda Aras PPD Bachok ke SK Paka
Pada tanggal 7 Februari 2017, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Sekolah Kebangsaan Paka telah menerima lawatan penanda aras (benchmarking visit) daripada Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Kelantan. Rombongan seramai 40 orang tersebut terdiri daripada 6 orang Pegawai FasiLINUS dan 34 orang guru-guru penyelaras LINUS dari sekolah-sekolah di daerah Bachok. Rombongan yang diketuai oleh Cik Zurnaini Bt Mohd Yusof (Ketua FasiLINUS PPD Bachok) ini tiba di SK Paka pada jam 1.30 petang dan disambut meriah oleh Tuan Haji Zamri Bin Abdul Razak (Penolong Pengarah Bahagian Matematik merangkap Pegawai Meja LINUS JPN Terengganu), En. Mohd Din Bin Jusoh (Ketua FasiLINUS PPD Dungun) serta Puan Salina Bt Abdul Rahman (Guru Besar, SK Paka). Tetamu yang diarak dengan paluan kompang kemudiannya disajikan dengan persembahan koir oleh murid-murid LINUS SK Paka. Majlis diteruskan dengan taklimat pengurusan LINUS SK Paka yang disampaikan oleh guru penyelaras LINUS sekolah berkenaan. Akhir sekali bagi mengakhiri program yang berlangsung sekitar 4 jam ini, tetamu-tetamu telah dibawa ke sekeliling kawasan sekolah untuk melihat pengoperasian dan program-program berkaitan LINUS yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada rombongan PPD Bachok dan syabas kepada SK Paka diatas persediaan rapi yang telah diadakan.
Tuesday, January 10, 2017
Aktiviti Penerimaan, Penyisihan serta Pengagihan Bekalan Modul LINUS bagi Tahun 2017
Pada 5 dan 8 Januari 2017, proses penyisihan dan pengagihan Modul LINUS telah dilaksanakan bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Dungun. Aktiviti ini telah dijalankan dengan jayanya oleh kesemua Pegawai Fasilinus daerah Dungun serta dibantu oleh kakitangan lain. Agihan modul dilakukan mengikut bilangan murid-murid LINUS di setiap sekolah di daerah ini dan melibatkan ketiga-tiga teras iaitu Literasi Bahasa Malaysia, Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris. Modul yang telah diagihkan secara berperingkat ini merupakan bekalan modul bagi kegunaan Tahun 2017. Terima kasih diucapkan kepada kesemua pegawai dan kakitangan yang telah menghulurkan bantuan dan kerjasama.
Monday, August 1, 2016
PROGRAM DIRIMU AMAT BERHARGA 2016
Program yang dirangka bagi membantu murid tahun 3 menguasai kemahiran K1 - K12.Program telah dijalankan pada 30 Julai hingga 4 Ogos 2016 bertempat di SK Balai Besar. Terima kasih kepada Guru Pemulihan Linus daerah Dungun terutama Pn Zuliyati, Pn Nora dan Pn Sariza yang banyak membantu menjayakan Progran diatas.
Insyaallah segala penat lelah serta perit getir membimbing murid-murid dapat dilihat apabila saringan 2 nanti mereka semua menguasai K1 hingga K12. Tahniah dan terima kasih juga kepada Pn Guru Besar , Guru Penyelaras Linus serta Guru Pemulihan SK Balai Besar. Terima kasih daun keladi.
Insyaallah segala penat lelah serta perit getir membimbing murid-murid dapat dilihat apabila saringan 2 nanti mereka semua menguasai K1 hingga K12. Tahniah dan terima kasih juga kepada Pn Guru Besar , Guru Penyelaras Linus serta Guru Pemulihan SK Balai Besar. Terima kasih daun keladi.
Sunday, July 31, 2016
PROGRAM OUTREACH 2016
Tarikh 26 dan 27 Julai 2016 merupakan tarikh yang bermakna bagi Unit Linus Pejabat Pendidikan Daerah Dungun yang telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Program Outreach Negeri Terengganu Peringkat Zon Kemaman dan Zon Dungun.Seramai 39 orang calon dari PPD Dungun dan 8 orang murid dari PPD Kemaman telah menyertai program tersebut.Seramai 29 calon dari daerah Dungun telah memperolihi status MBK dan 2 orang dari daerah Kemaman.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan usaha menjayakan Program Outreach. Terima kasih kepada Pusat Kesihatan Daerah Dungun, Guru Penyelaras Linus Dungun, Guru Pemulihan Linus, Pegawai KPM, Pegawai JPNT, En Noh, En Azman dan En Wan Ridzuan serta individu yang terlibat dalam menjayakan Program Outreach Peringkat Daerah Dungun.
Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan usaha menjayakan Program Outreach. Terima kasih kepada Pusat Kesihatan Daerah Dungun, Guru Penyelaras Linus Dungun, Guru Pemulihan Linus, Pegawai KPM, Pegawai JPNT, En Noh, En Azman dan En Wan Ridzuan serta individu yang terlibat dalam menjayakan Program Outreach Peringkat Daerah Dungun.
Saturday, July 23, 2016
AKTIVITI PELANCARAN LINUS2.0 T-CARE SEKOLAH -SEKOLAH DAERAH DUNGUN
Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menzahirkan pelancaran LINUS2.0 T-CARE peringkat sekolah masing-masing.Tanpa usaha gigih dan komitmen Guru besar serta penyelaras dan guru-guru, program yang dirangka tidak dapat dizahirkan.Terima kasih sekali lagi.
Thursday, July 21, 2016
PELANCARAN DAN GIMIK PROGRAM LINUS2.0 T-CARE PERINGAKAT DAERAH DUNGUN
Pelancaran Program Linus2.0 T-Care telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun En Abdul Mubin b Ismail bertempat di Bilik Saminar Cemerung pada 21 Julai 2016 dengan jayanya, terima kasih tuan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Pegawai Meja Linus JPNT En Zamri b Abd Razak kerana sudi hadir bagi memberi perangsang dan motivasi kepada semua guru besar daerah Dungun serta Penyelaras Linus daerah Dungun. Tanpa komitmen dan kerja kuat semua pihak , Program yang dirangka dan dirancang tidak akan berjaya. Tahniah dan syabas kepada semua pihak.Mohon maaf segala kekurangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)